ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHIWABARAKATUH.

 

Bertepatan dengan gelaran DPP pertama di UUM, DPP MAS berada di kedudukan yang terbaik untuk menawarkan pelajar pengalaman yang berharga dan memori indah sepanjang berada di UUM. Di DPP MAS, pelajar bukan sahaja mendapat manfaat daripada infrastruktur penginapan dan kemudahan beriadah, tetapi pelajar juga dapat menikmati alam semulajadi di Sintok ini. Persekitaran semulajadi dapat memberi impak positif kepada para pelajar untuk meneruskan hari-hari mereka disini. 

Amatlah menjadi azam kami di DPP MAS untuk menjadi sebuah DPP yang holistik di UUM ini. DPP MAS akan terus meneroka sepenuhnya potensi untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi menyokong proses pembinaan insaniah serta budaya pembelajaran yang kondusif dikalangan pelajar DPP MAS. Kami di DPP MAS amatlah menghargai dan mengiktiraf bahawa seluruh masyarakat universiti mewakili bakat dan kepakaran yang berbeza-beza. Jesteru itu, marilah kita semua warga UUM bekerjasama untuk membantu membentuk persekitaran yang akan menggerakkan DPP serta universiti ke arah yang lebih tinggi.

Akhir kata, saya berharap agar mahasiswi di DPP MAS dapat terus mengorak langkah dan terus melangkah kehadapan dalam menyemarakkan ilmu dan seterusnya memartabatkan UUM dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga usaha kita semua diberkati oleh-Nya dan segala sumbangan untuk mencapai wawasan ini adalah dengan izin dari-Nya.

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"ILMU, BUDI, BAKTI"

 

DR. MOHD AZRIL BIN ISMAIL

PENGETUA DPP MAS

Contact Us

Dewan Penginapan Pelajar MAS,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4321 / 4310
Fax : 04-928 4311
Emel: dppmas@uum.edu.my

Office Hour

Sunday - Wednesday
8:00am - 5:00pm

Rest (1.00pm -2.00 pm)

 

Thursday

8:00am - 3:30pm

Rest (1.00pm -2.00 pm)

 

Closed:
Friday - Saturday

 

Visitor Count

Today :9
Yesterday:23
This Week :155
This Month :586
Total :2694